BAITULMAQDIS 30 Syawal 1438H, Isnin – Kebiadapan rejim Israel terserlah apabila tular satu video memaparkan askarnya menendang seorang lelaki yang sedang solat.
Video berdurasi 45 saat yang disiar di Twitter itu, menunjukkan seorang askar Israel menendang seorang lelaki yang sedang solat di kawasan terbuka di Kota Lama, Baitulmaqdis.
Tingkah laku ganas dan kurang ajar itu berlaku selepas Israel menetapkan bahawa mereka yang berumur kurang daripada 50 tahun dilarang menunaikan solat di Masjid Al-Aqsa, lapor The Independent.
Selain menguatkuasakan peraturan baru itu, Al Jazeera melaporkan bahawa Israel juga telah memasang kamera dan pengesan logam di tempat suci itu berikutan kematian dua pegawai polis Israel selepas warga Palestin melepaskan tembakan pada 14 Julai.
“Orang-orang Palestin sangat marah dengan tindakan ini kerana mereka menganggap ini satu sekatan tambahan,” kata Imran Khan dari Al Jazeera mengenai perkara itu dari Timur Baitulmaqdis.
Hussein Da’na, 76 tahun juga berkata, kamera-kamera itu dibuat untuk mengenal pasti wajah orang-orang yang dilarang memasuki masjid al-Aqsa.
“Kami solat setiap pagi di sini dan polis menyerang kami. Saya berhasrat untuk terus solat di sini sehingga Israel mengentikan tindakan baharu mereka,” katanya.
The post Askar Israel sepak lelaki Palestin sedang solat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Askar Israel sepak lelaki Palestin sedang solat
0 Komentar untuk "Askar Israel sepak lelaki Palestin sedang solat"