Gema Semua Maklumat

Ekonomi Syria rugi AS$226 bilion akibat konflik: Bank Dunia

Ekonomi Syria rugi AS$226 bilion akibat konflik: Bank Dunia

BEIRUT, 17 Syawal 1438H, Selasa – Bank Dunia menganggarkan bahawa konflik selama enam tahun di Syria menyebabkan kerugian sebanyak AS$226 bilion kepada ekonomi negara itu.

Naib Presiden Bank Dunia bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Hafez Ghanem dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, konflik di Syria tidak hanya menyebabkan banyak kehilangan nyawa, tetapi ia juga memusnahkan sistem sosial dan ekonomi negara berkenaan.

“Ia tidak hanya berkaitan jumlah kematian, tetapi konflik itu juga memusnahkan institusi dan sistem yang diperlukan oleh masyarakat.

“Membaikinya akan menjadi satu cabaran besar daripada membina semula infrastruktur – cabaran itu akan berterusan selagi perang belum berakhir,” katanya.

Badan itu menganggarkan bahawa konflik berkenaan telah merosakkan dan memusnahkan 27 peratus daripada perumahan serta separuh daripada kemudahan perubatan dan pendidikan negara.

Menurut laporan Bank Dunia, kerugian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak konflik itu dianggarkan AS$226 bilion, empat kali ganda berbanding tahun 2010.

Bagaimanapun, badan itu berkata, jika perang berakhir pada 2017, KDNK Syria dijangka dapat pulih sebanyak 41 peratus daripada tahap pra-konflik dalam tempoh empat tahun.

Namun, angka itu katanya akan berkurangan setiap tahun sekiranya konflik berkenaan berterusan. – Agensi

The post Ekonomi Syria rugi AS$226 bilion akibat konflik: Bank Dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ekonomi Syria rugi AS$226 bilion akibat konflik: Bank Dunia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ekonomi Syria rugi AS$226 bilion akibat konflik: Bank Dunia"

Back To Top