Gema Semua Maklumat

Tiga pegawai KPDNKK Johor ditahan kerana rasuah

Tiga pegawai KPDNKK Johor ditahan kerana rasuah

BANGI, 17 Syawal 1438H, Selasa – Tiga pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Johor ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha gas tanpa lesen.

Mereka ditahan di pejabat jabatan itu di sini dan Kota Tinggi antara jam 8 hingga 10 pagi. Turut ditahan pengusaha gas berkenaan di kediamannya di Kulai pada jam 8.20 pagi.

Penangkapan kesemua suspek disahkan oleh Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias dan mereka dijangka direman esok di Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Utusan Online, siasatan awal pasukan penyiasat SPRM mengesyaki wang rasuah yang diberikan oleh pengusaha gas tanpa lesen telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat milik saudara salah seorang pegawai jabatan berkenaan sebelum diagih-agihkan kepada pihak yang berkenaan.

Wang rasuah berkenaan dibayar kepada pegawai tersebut sebagai ‘wang perlindungan’ supaya tindakan tidak diambil ke atas pengusaha tersebut yang melakukan kesalahan di bawah Akta Bekalan 1961.

The post Tiga pegawai KPDNKK Johor ditahan kerana rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tiga pegawai KPDNKK Johor ditahan kerana rasuah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tiga pegawai KPDNKK Johor ditahan kerana rasuah"

Back To Top