PEKAN, 17 Syawal 1438H, Selasa – Sebanyak 159,000 MyKad di seluruh negara masih belum dituntut oleh pemiliknya, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohd Yazid Ramli.
Katanya, mereka yang masih belum menuntut MyKad di JPN mungkin menggunakan dokumen sementara di luar tempoh sah iaitu tiga bulan.
“JPN merancang untuk mengenakan denda ke atas pemilik yang gagal menuntut MyKad baharu mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
“Orang ramai tidak mengambil serius untuk menuntut MyKad mereka.
“Kita harap Projek Hab Percetakan Teragih MyKad (DPP) akan membantu memendekkan tempoh pemprosesan MyKad kepada lima hari (di Semenanjung) berbanding 10 hari sebelum ini, yang akan menggalakkan pemilik mengambil dokumen pengenalan mereka dalam masa yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
The post 159,000 MyKad belum dituntut appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 159,000 MyKad belum dituntut
0 Komentar untuk "159,000 MyKad belum dituntut"