BANGI, 17 Syawal 1438H, Selasa – Pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik mengesahkan kehadiran untuk menghadiri Ijtimak Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) di Kota Bharu, Kelantan pada 20 hingga 22 Julai ini.
Perkara itu dimaklumkan pengarah program yang juga Timbalan Presiden PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
“Ijtimak itu akan membincang pelbagai isu khususnya berkaitan perpaduan ummah. Dan kita juga membentuk jawatankuasa bertindak.
“Selepas seminar kita akan membentuk dua jawatankuasa bagi terjemahkan apa yang dibincang pada ijtimak tersebut,” katanya
Ijtimak tersebut akan diadakan di Dataran Stadium, Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Dewan Teratai Kota Darulnaim dan Kelantan Trade Centre (KTC).
Difahamkan tokoh agama dan pemimpin gerakan Islam dari pelbagai negara juga akan hadir ke ijtimak ini.
Antaranya Abdul Ghafar Aziz dari Pakistan, Ketua Umum Dewan Dakwah Indonesia, Dr. Muhammad Sidek, Saadat Hussain dan Dr. Redhwan dari India.
Turut serta badan bukan kerajaan (NGO) dari luar negara pula sebanyak 50 termasuk dari Jepun, Hong Kong dan Indonesia. Selain itu, 35 lagi NGO tempatan dari seluruh negara juga turut hadir.
The post Zakir Naik sahkan hadir Ijtimak Antarabangsa di Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Zakir Naik sahkan hadir Ijtimak Antarabangsa di Kelantan
0 Komentar untuk "Zakir Naik sahkan hadir Ijtimak Antarabangsa di Kelantan"