BATU PAHAT, 17 Syawal 1438H, Selasa – Kanak-kanak lelaki berusia setahun sembilan bulan yang dipercayai menjadi mangsa dera keluarga angkatnya meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Muhamad Al Fateh Abdullah yang bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan sejak enam hari lalu menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.45 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, perkara itu disahkan pihak hospital kepadanya sebentar tadi.
“Dukacita dimaklumkan bahawa Muhamad Al Fateh, yang dipercayai dera meninggal dunia. Bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian kanak-kanak malang ini,” katanya.
Muhamad Al Fateh dibawa ke HSNI oleh ibu angkatnya berikutan masalah sawan sebelum pihak hospital menemui kesan penderaan dan memaklumkan kepada pihak polis, Ahad lalu.
Semalam, ibu bapa angkat kanak-kanak malang yang masing-masing berusia 34 dan 30 tahun ini ditahan di kediaman mereka di Rengit, dekat sini, sebelum direman bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
The post Kanak-kanak mangsa dera meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kanak-kanak mangsa dera meninggal dunia
0 Komentar untuk "Kanak-kanak mangsa dera meninggal dunia"