Gema Semua Maklumat

Polis kemuka permohonan pendakwaan semula kes Thaqif

Polis kemuka permohonan pendakwaan semula kes Thaqif

KUALA LUMPUR, 17 Syawal 1438H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengemukakan permohonan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk melakukan pendakwaan semula terhadap pembantu warden sekolah tahfiz yang didakwa membunuh Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghadaffi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata demikian susulan laporan bedah siasat yang mengesahkan pelajar itu meninggal dunia akibat kencing tikus dan bukan kecederaan lain seperti yang didakwa sebelum ini.

Mengulas lanjut permohonan itu, beliau berkata, kertas siasatan baharu akan disiapkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan menukar pendakwaan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh kepada mendatangkan kecederaan.

“Sebelum ini, kita klasifikasikan kes kepada 302 Kanun Keseksaan tetapi laporan bedah siasat mendapati punca kematian adalah jangkitan Leptospirosis (kencing tikus), jadi kita tidak boleh melakukan pendakwaan mengikut kes bunuh.

“Kita akan pastikan kes ini dibawa ke mahkamah dan mencadangkan inkues dijalankan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Aidilfitri Cawangan Khas di Bukit Aman, hari ini.

The post Polis kemuka permohonan pendakwaan semula kes Thaqif appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis kemuka permohonan pendakwaan semula kes Thaqif
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis kemuka permohonan pendakwaan semula kes Thaqif"

Back To Top