Gema Semua Maklumat

Keluarga Thaqif kesal tidak dimaklumkan punca kematian

Keluarga Thaqif kesal tidak dimaklumkan punca kematian

JOHOR BAHRU, 17 Syawal 1438H, Selasa – Keluarga pelajar tahfiz  Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi menyatakan rasa kesal dan kecewa atas kegagalan pihak hospital memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu laporan bedah siasat punca kematian anak mereka.

Ibu pelajar itu, Felda Wani Ahmad berkata, keluarganya hanya mengetahui punca kematian anak mereka yang berusia 11 tahun itu daripada laporan media.

Sebelum ini, katanya segala prosedur kesihatan yang melibatkan anaknya dimaklumkan oleh pihak hospital selain meminta izin keluarga.

Namun, dia berasa kesal apabila laporan perubatan punca kematian anaknya keluar, dia bersama suami sebagai ibu bapa Mohamad Thaqif tidak diberitahu secara rasmi terlebih dahulu.

“Sepatutnya saya diberitahulah, at least panggil kami ke hospital untuk ambil laporan bukan disampaikan melalui media (dan) saya ini sebagai ibu bapa macam tiada hak, tiada perasaan langsung,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Ulu Tiram, dekat sini, hari ini.

Katanya, keluarganya kini menunggu laporan perubatan mengenai punca kematian anaknya sebelum mengambil tindakan lanjut.

Kisah Mohamad Thaqif Amin menjadi tumpuan umum apabila gambar kedua-dua kakinya dipotong tersebar di media sosial dan kesakitannya dikaitkan dengan unsur penderaan sebelum dia akhirnya meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lepas.- Bernama

The post Keluarga Thaqif kesal tidak dimaklumkan punca kematian appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Keluarga Thaqif kesal tidak dimaklumkan punca kematian
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Keluarga Thaqif kesal tidak dimaklumkan punca kematian"

Back To Top