Gema Semua Maklumat

MRT laluan Semantan-Kajang beroperasi minggu depan

MRT laluan Semantan-Kajang beroperasi minggu depan

KUALA LUMPUR, 17 Syawal 1438H, Selasa – Laluan pertama Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT-1), Sungai Buloh-Kajang (SBK) antara tiga jaringan laluan rel bandar akan beroperasi sepenuhnya dengan pembukaan fasa ke-2 laluan Semantan-Kajang minggu depan.

Laluan Semantan-Kajang akan melengkapkan Laluan SBK sepanjang 51 kilometer dengan melalui kawasan berpopulasi tinggi seperti Kajang dan Cheras serta destinasi popular pelancong seperti Muzium Negara dan Pasar Seni.

Ia dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 Julai ini.

Fasa pertama laluan Sungai Buloh-Semantan, yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Disember lalu.

The post MRT laluan Semantan-Kajang beroperasi minggu depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di MRT laluan Semantan-Kajang beroperasi minggu depan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "MRT laluan Semantan-Kajang beroperasi minggu depan"

Back To Top