Gema Semua Maklumat

Kes Thaqif: Madrasah sedia diperiksa KKM, yakin tiada kecing tikus

Kes Thaqif: Madrasah sedia diperiksa KKM, yakin tiada kecing tikus

KOTA TINGGI, 18 Syawal 1438H, Rabu – Pengurusan Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ), Johor menyatakan kesediaan sekiranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  mahu memeriksa kewujudan virus penyakit kencing tikus yang menyebabkan kematian bekas pelajarnya, pada 26 April lalu.

Pengetuanya, Mohammad Afdhaluddin Ismail berkata, pihaknya bersedia untuk diperiksa, namun dia yakin madrasah yang ditadbirnya bersih sepanjang tempoh ia beroperasi.

“Ia sesuatu yang kita tidak nampak (kencing tikus). Jadi madrasah diuruskan dengan baik, kebersihan itu, alhamdulillah. Kalau ada, kementerian perlu sahkan dan untuk itu mereka perlu datang.

“Sebelum ini mereka sudah datang juga memeriksa (madrasah). Setakat ini, KKM belum menghubungi lagi. Saya mengalu-alukan dan akan membantu sedaya mungkin,” katanya dipetik portal online.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata laporan bedah siasat mendapati kematian Mohamad Thaqif Amin adalah disebabkan penyakit kencing tikus dan bukannya akibat kecederaan lain.

Menjelaskan lebih lanjut, Afdhaluddin berkatam madrasahnya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar sepanjang Mac lalu yang boleh membuatkan pelajar terdedah dengan bakteria tersebut.

Namun, cuma ada program jati diri dibuat oleh pihak pengurusan pada 20 hingga 22 April lalu yang berlokasi di Mersing.

“Saya tidak tahu bagaimana dia memperolehinya (kencing tikus). Saya tidak boleh komen. Selepas hari ke-20 Thaqif berhenti (belajar), ada program kem di luar iaitu Kem Jati diri tetapi Thaqif bukan lagi pelajar kami,” katanya. 

The post Kes Thaqif: Madrasah sedia diperiksa KKM, yakin tiada kecing tikus appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kes Thaqif: Madrasah sedia diperiksa KKM, yakin tiada kecing tikus
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kes Thaqif: Madrasah sedia diperiksa KKM, yakin tiada kecing tikus"

Back To Top