Gema Semua Maklumat

Lebih 300 penunggang motosikal maut langgar lampu isyarat

Lebih 300 penunggang motosikal maut langgar lampu isyarat

KUALA LUMPUR, 18 Syawal 1438H, Rabu – Sebanyak 301 penunggang motosikal maut manakala 299 lagi cedera akibat melanggar lampu isyarat sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Menurut Sumber Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2016 yang hanya mencatatkan sebanyak 263 kematian penunggang motosikal dan 287 lagi cedera kerana kesalahan yang sama.

“Kesalahan melanggar lampu isyarat terus berlaku kerana sifat berani ‘mati’ golongan ini yang tidak sayangkan nyawa mereka.

“Walaupun pelbagai usaha serta tindakan undang-undang telah diambil bagi menyedarkan bahayanya perbuatan tersebut namun penunggang-penunggang motosikal masih berdegil,” katanya yang dipetik akhbar tempatan.

Selain itu, sumber memberitahu, kemalangan maut membabitkan pemandu kenderaan serta penunggang motosikal untuk pelbagai kesalahan meningkat kepada 15,314 bagi tempoh tujuh bulan berbanding tahun lalu iaitu 13,376.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah cuai ketika keluar simpang, memandu secara cuai, memandu secara berbahaya, memotong secara berbahaya, memandu laju dan lain-lain.

The post Lebih 300 penunggang motosikal maut langgar lampu isyarat appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih 300 penunggang motosikal maut langgar lampu isyarat
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lebih 300 penunggang motosikal maut langgar lampu isyarat"

Back To Top