KUALA TERENGGANU, 25 Syawal 1438H, Rabu – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan RM43 juta bagi membantu usahawan memula dan mengembangkan perniagaan, tahun ini.
Selain bantuan berkenaan, Pengarah MARA negeri, Salemi Yusof berkata, pihaknya juga menyediakan kemudahan pembiayaan untuk usahawan baharu yang berminat untuk menjalankan perniagaan ‘food truck’.
Ini kerana, katanya, masih ramai usahawan ‘food truck’ tidak mengetahui mengenai dana disediakan.
“Setakat ini, hanya dua usahawan ‘food truck’ memanfaatkan pembiayaan MARA, masing-masing berjumlah RM70,000 dan RM100,000 untuk membeli kelengkapan dan peralatan perniagaan.
“Kita tidak mempunyai pembiayaan khusus untuk perniagaan ‘food truck’, tetapi memandangkan perniagaan ini menjadi ikutan masa kini terutama membabitkan golongan muda, kita mengembangkan pembiayaan untuk perniaagaan ‘food truck’.
“Usahawan ‘food truck’ atau peniaga yang berminat untuk mendapatkan dana ini boleh membuat permohonan kepada kita.
“Kadar bayaran balik yang ditetapkan minimum dan tidak membebankan,” katanya kepada media pada majlis sambutan Aidilfitri Persatuan ‘Food Truck’ Terengganu (T-Truck) di Dataran MARA, di sini, malam tadi.
Di samping itu, Salemi berkata, pihaknya juga sedang berbincang dengan persatuan itu untuk menyediakan kemudahan tapak kekal kepada peniaga ‘food truck’.
“Setakat ini, kita bersetuju menjadikan tapak Dataran MARA ini sebagai tapak khusus selama dua hari setiap minggu, tetapi waktu dan harinya masih dalam perbincangan,” katanya.
The post MARA sedia dana untuk usahawan ‘food truck’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di MARA sedia dana untuk usahawan ‘food truck’
0 Komentar untuk "MARA sedia dana untuk usahawan ‘food truck’"