Gema Semua Maklumat

Polis berjaya tahan pemilik akaun hina Agong

Polis berjaya tahan pemilik akaun hina Agong

BANGI, 11 Syawal 1438H, Rabu – Polis berjaya menahan pemilik akaun Facebook kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V menerusi laman sosialnya, baru-baru ini.

Penahanan individu berkenaan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya, hari ini.

Menurutnya, pemegang akaun yang dikenali sebagai ‘Catt Ginger’ itu ditaha oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

“Syabas JSJ KL @PDRMsia bjaya tkap ‘Catt Ginger’ yg menghina KDYMM YDP Agung. #GoPDRMGo,” katanya.

Pengguna Facebook tersebut menggunakan nama Catt Ginger yang bertindak kurang ajar dengan memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting dengan gambar kurang sopan berserta ucapan Selamat Hari Raya pada 25 Jun lalu, iaitu hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun, difahamkan individu terbabit telah memuat naik kenyataan di laman Facebooknya pada 1 Julai lepas menafikan bahawa dia telah menghina Sultan Muhammad V selain telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

The post Polis berjaya tahan pemilik akaun hina Agong appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis berjaya tahan pemilik akaun hina Agong
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis berjaya tahan pemilik akaun hina Agong"

Back To Top