BATU PAHAT, 17 Syawal 1438H, Selasa – Polis akan menahan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berusia 21 bulan yang kini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, remaja lelaki berkenaan adalah anak sulung kepada keluarga angkat yang menjaga kanak-kanak malang itu.
“Polis dalam proses menahan remaja lelaki berkenaan dalam masa terdekat berikutan dipercayai terbabit mendera kanak-kanak lelaki yang di bawah jagaan keluarganya itu.
“Kita juga tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa adik remaja berkenaan yang dipercayai turut mendera kanak-kanak malang itu.
“Keadaan kanak-kanak lelaki itu juga masih kritikal dan di bawah pengawasan rapi HSNI,” katanya yang dipetik daripada akhbar tempatan.
Muhamad Al Fateh Abdullah kini bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dibawa ke HSNI sejak enam hari lalu oleh ibu angkatnya berikutan masalah sawan sebelum pihak hospital yang menemui kesan penderaan memaklumkan polis, Ahad lalu.
Semalam, ibu bapa angkat kanak-kanak malang yang masing-masing berusia 34 dan 30 tahun ini ditahan di kediaman mereka di Rengit, dekat sini, sebelum direman bagi membantu siasatan.
The post Polis cari anak sulung keluarga angkat mangsa dera appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis cari anak sulung keluarga angkat mangsa dera
0 Komentar untuk "Polis cari anak sulung keluarga angkat mangsa dera"