AMSTERDAM, 11 Syawal 1438H, Rabu – Suspek terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai 2014 lalu akan dibicara di mahkamah Belanda dan mengikut undang-undang negara itu.
Menurut Kementerian Luar Belanda, keputusan itu dibuat berikutan cubaan sekatan Rusia pada 2015 untuk menubuhkan mahkamah antarabangsa berhubung kejadian yang membunuh 298 orang penumpang dan anak kapal. Mangsa nahas berkenaan membabitkan rakyat 17 negara termasuk 196 darinya adalah Belanda.
Lembaga Keselamatan Belanda sebelum ini membuat kesimpulan dalam laporan interim bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.
Dilaporkan, pelancar peluru berpandu Buk dilancarkan dari sebuah ladang berhampiran bandar Pervomaiskyi, yang pada ketika itu, dikawal oleh pejuang pro-Rusia.
Menteri Luar, Bert Koenders dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pasukan penyiasatan yang diketuai Belanda termasuk Australi, Belgium, Malaysia dan Ukraine akan terus beroperasi semasa fasa pendakwaan. Bagaimanapun, tiada suspek yang dinamakan dalam kenyataan itu.- Agensi
The post Suspek MH17 akan didakwa di mahkamah Belanda appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Suspek MH17 akan didakwa di mahkamah Belanda
0 Komentar untuk "Suspek MH17 akan didakwa di mahkamah Belanda"