PUTRAJAYA, 24 Syawal 1438H, Selasa – Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memandu di lorong kecemasan.
Pengakuan bersalah itu direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab. Rahman.
Bagaimanapun, Yusoff selaku Orang Kena Saman (OKS) tidak hadir ke mahkamah dan diwakili pegawai pegawai khasnya, Tengku Dahari.
Mahkamah turut memerintahkan OKS menjalani tambahan hukuman penjara tujuh hari, sekiranya gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPJ Selangor, Muhd. Hafizuddin Mohd Lutfi
The post Timbalan Ketua Pengarah JPJ didenda pandu di lorong kecemasan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Timbalan Ketua Pengarah JPJ didenda pandu di lorong kecemasan
0 Komentar untuk "Timbalan Ketua Pengarah JPJ didenda pandu di lorong kecemasan"