Gema Semua Maklumat

29 maut serangan udara AS, sekutu di Raqqa

29 maut serangan udara AS, sekutu di Raqqa

DAMSYIK, 16 Zulkaedah 1438H, Rabu – 29 orang awam terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh gabungan bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS), di utara Syria, Raqqa, kelmarin.

Kumpulan Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, sembilan wanita dan 14 kanak-kanak antara yang terbunuh dalam serangan udara gabungan bersekutu di Raqqa pada malam Isnin lepas.

Dilaporkan, 14 mangsa yang terbunuh adalah satu keluarga yang melarikan diri ke Raqqa dari Palmyra.

Kumpulan itu menjangkakan bilangan korban dalam kejadian itu akan meningkat berdasarkan kepada jumlah mangsa yang cedera parah.

Sekutu Arab-Kurdish yang didukung oleh AS sedang berusaha menggulingkan militan Daesh di kawasan itu, dan telah mengambil alih kira-kira 45 peratus dari bandar berkenaan.

Gabungan itu sebelum ini mendakwa bahawa serangan yang dilancarkan tidak akan disasar kepada orang awam, bagaimanapun setakat ini dianggar kira-kira 600 orang awam di Iraq dan Syria maut sejak ia mula beroperasi pada 2014.- Agensi

The post 29 maut serangan udara AS, sekutu di Raqqa appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 29 maut serangan udara AS, sekutu di Raqqa
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "29 maut serangan udara AS, sekutu di Raqqa"

Back To Top