Gema Semua Maklumat

60 maut serangan udara AS, sekutu di Syria

60 maut serangan udara AS, sekutu di Syria

BEIRUT, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya 60 orang awam terbunuh dalam serangan udara gabungan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) di Dayr al-Zawr, Syria, semalam.

Agensi berita rasmi Syria melaporkan, serangan udara itu memusnahkan beberapa daerah di Dayr al-Zawr, termasuk menyebabkan ramai wanita dan kanak-kanak cedera.

Serangan berkenaan berlaku kurang daripada 48 jam pengeboman jet bersekutu AS di beberapa kawasan, termasuk sebuah hospital di bandar Abu Kamal di wilayah yang sama, sehingga membunuh enam orang awam dan 10 yang lain cedera.

Gabungan bersekutu AS melancarkan serangan udara yang didakwa disasarkan ke atas militan Daesh di Syria sejak September 2014, tanpa sebarang kebenaran dari kerajaan Damsyik atau mandat PBB.

Bagaimanapun, serangan itu sebaliknya menyebabkan lebih ramai orang awam terbunuh sekali gus bertentangan dengan matlamat gabungan berkenaan memerangi keganasan.- Agensi

The post 60 maut serangan udara AS, sekutu di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 60 maut serangan udara AS, sekutu di Syria
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "60 maut serangan udara AS, sekutu di Syria"

Back To Top