Gema Semua Maklumat

OIC kutuk serangan roket ke atas peronda polis di Arab Saudi

OIC kutuk serangan roket ke atas peronda polis di Arab Saudi

JEDDAH, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk serangan roket ke atas polis peronda di kejiranan al-Masoura di Qatif, Arab Saudi yang mengakibatkan seorang anggota keselamatannya maut dan enam yang lain cedera.

Setiausaha Agung OIC, Dr Yousuf Ahmad Al Othaimeen turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh, dan berharap enam anggota tercedera segera sembuh.

Beliau dipetik sebagai berkata, organisasi itu dengan kerajaan Arab Saudi bekerjasama dalam memerangi keganasan dan ektremisme yang bertujuan menggugat keselamatan dan kestabilannya.

Malah OIC turut menyokong semua langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memerangi plot organisasi pengganas dan kumpulan militan, sekali gus menawarkan perlindungan kepada warganya serta keselamatan negara.

Daerah timur Qatif bergolak sejak 2011 apabila puak Syiah memberontak dan mahukan kesamarataan di negara teluk yang didominasi Sunni itu.

Qatif turut menyaksikan beberapa siri serangan ke atas pasukan keselamatan sejak beberapa minggu lalu.- Agensi

The post OIC kutuk serangan roket ke atas peronda polis di Arab Saudi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di OIC kutuk serangan roket ke atas peronda polis di Arab Saudi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "OIC kutuk serangan roket ke atas peronda polis di Arab Saudi"

Back To Top