Gema Semua Maklumat

Ahli perniagaan mengaku bersalah sokong IS dipenjara lapan tahun

Ahli perniagaan mengaku bersalah sokong IS dipenjara lapan tahun

KUALA LUMPUR, 9 Zulkaedah 1438H, Rabu – Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, kerana menyokong kumpulan pengganas IS.

Tengku Shukri Che Engku Hashim, 31, mengaku bersalah dengan sengaja menyokong kumpulan pengganas itu melalui aplikasi Telegram kumpulan Gagak Hitam di Kota Bharu, Kelantan pada 5.08 petang, 30 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Tengku Shukri juga mengaku bersalah atas tuduhan kedua mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan kerana sengaja memberi sokongan terhadap aktiviti pengganas yang melibatkan bahan letupan dengan niat untuk meneruskan ideologi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3.18 pagi dan 11.27 malam di tempat sama pada 28 Jun tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ab Karim Ab Rahman menjatuhi hukuman penjara selama tiga tahun bagi tuduhan kedua.

Kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak dari tarikh penangkapan pada 21 September 2016.

The post Ahli perniagaan mengaku bersalah sokong IS dipenjara lapan tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ahli perniagaan mengaku bersalah sokong IS dipenjara lapan tahun
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ahli perniagaan mengaku bersalah sokong IS dipenjara lapan tahun"

Back To Top