Gema Semua Maklumat

KPM nafi keluar permohonan sekolah asrama penuh

KPM nafi keluar permohonan sekolah asrama penuh

KUALA LUMPUR, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan mengeluarkan permohonan sekolah berasrama penuh bagi pelajar Tingkatan 1.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, maklumat yang tertera di dalam laman sesawang www.caripanduan.com adalah menggunakan maklumat yang telah digunakan bagi permohonan tahun 2017 tetapi tajuk iklan ditukar kepada sesi 2018/2019.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menyatakan rasa kesal terhadap laman sesawang palsu yang ditular oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam media sosial berkaitan iklan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2018/2019.

“Iklan berkenaan telah dimuatnaik melalui laman www.caripanduan.com dengan menggunakan printscreen portal permohonan ke SBP tahun 2017.

“Sehubungan itu KPM menegaskan bahawa kementerian ini tiada sebarang kaitan dengan hebahan iklan melalui laman sesawang tersebut,” kata kementerian itu.

Sehubungan itu satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat tindakan yang tidak bertanggungjawab ini.

KPM juga memohon netizen menghentikan penyebaran iklan palsu tersebut agar ia tidak mewujudkan sebarang kekeliruan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat.

“KPM berharap ibu bapa serta masyarakat melayari laman sesawang rasmi KPM di www.moe.gov.my bagi mendapatkan sebarang maklumat sahih berkaitan pendidikan,” katanya.

The post KPM nafi keluar permohonan sekolah asrama penuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di KPM nafi keluar permohonan sekolah asrama penuh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "KPM nafi keluar permohonan sekolah asrama penuh"

Back To Top