PUTRAJAYA, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil tiga pengarah Felda Investment Corporation (FIC) untuk membantu siasatan pembelian hartanah di United Kingdom.
Tiga pengarah itu ialah Datuk Nik Azman Mohd Zain, Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Nur Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Azam Baki sebelum ini memberitahu, 9 individu telah ditahan dan lebih daripada 30 saksi dipanggil untuk disoal berhubung pembelian 2 hotel itu.
SPRM membuka kertas siasatan untuk menyiasat sebuah hotel bertaraf 4 bintang antara 2013 dan 2015 di Kensington, London pada harga RM330 juta, yang pada masa itu dipercayai lebih daripada nilai sebenarnya RM110 juta.
Selain itu, SPRM juga memulakan siasatan ke atas pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak berikutan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika memeriksa pembelian hotel di London oleh FIC.
The post Beli hartanah Felda: SPRM panggil tiga pengarah FIC appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Beli hartanah Felda: SPRM panggil tiga pengarah FIC
0 Komentar untuk "Beli hartanah Felda: SPRM panggil tiga pengarah FIC"