PASIR PUTEH, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pelajar yang terbabit dengan kes buli, termasuk buang sekolah, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Kesal dengan kes terbaharu yang dilaporkan di Kolej Vokasional, Terengganu baru-baru ini, beliau berkata, tindakan menggantung selama 10 hari kepada pembuli itu adalah kurang berkesan bagi membendung gejal berkeanaa yang semakin membimbangkan.
“Justeru, apa sahaja hukuman yang dijatuhkan, saya tetap menyokongnya dan perlu ambil tindakan yang paling keras termasuk buang sekolah,” katanya kepada pemberita, semalam.
Katanya, semua pihak membabitkan kepimpinan pendidikan negara perlu mengkaji semula peraturan dan hukuman sedia ada, kerana dilihat tidak berkesan.
“Ibu bapa juga harus diberikan kefahaman bahaya dan kesan buli di mana mereka wajar menerima apa sahaja hukuman dikenakan sekiranya anak mereka terbabit sebagai pembuli,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, dua pelajar lelaki dari kolej berkenaan cedera di bahagian belakang badan dan kaki akibat dipukul 20 pelajar senior kira-kira jam 1.30 pagi, kerana tidak mengikut arahan
Kejadian itu menyebabkan Ahmad Zikrill Azim dan Wan Ahmad Faris Zakaria yang masing-masing berusia 16 tahun cedera di kaki dan calar di badan.
Ahmad Zikrill terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) apabila pengsan selepas disoal siasat polis berhubung kes terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.
The post Buli: Gantung sahaja tak cukup, buang sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Buli: Gantung sahaja tak cukup, buang sekolah
0 Komentar untuk "Buli: Gantung sahaja tak cukup, buang sekolah"