Gema Semua Maklumat

Kerajaan, pihak berkuasa perlu siasat ‘tangan ghaib’ biaya ateis di Malaysia

Kerajaan, pihak berkuasa perlu siasat ‘tangan ghaib’ biaya ateis di Malaysia

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 18 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Kerajaan dan pihak berkuasa digesa untuk menyiasat kemungkinan wujud pengaruh luar yang membiayai kegiatan golongan ateis dalam menyebarkan ideologi dan fahaman mereka di negara ini.

Bimbang dengan penularan fahaman itu, Pengerusi Kluster Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Rushdan Abdul Halim berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas membasmi kewujudan golongan itu kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan, Rukun Negara dan kesucian Islam.

“Hakikatnya, kefahaman ini adalah mempertuhankan diri sendiri iaitu menjadikan hawa nafsu yang dilogikkan dengan akal sendiri sebagai ikutan dan panduan hidup tanpan sebarang ikatan dan kepercayaan agama.

“Hakikat ini telah dinyatakan oleh Allah,’Apakah kamu tidak melihat mereka itu menjadikan hawa nafsu mereka sebagai sembahan’,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sekumpulan anak Melayu beragama Islam menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Kumpulan itu dipercayai terdiri daripada orang Melayu dan Islam yang menggelar diri mereka sebagai ‘bekas Muslim’ serta didakwa mengadakan pertemuan secara tertutup di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Rushdan menasihatkan ibu bapa dan masyarakat supaya mengawasi pergaulan anak-anak khususnya remaja yang mudah terdedah dengan pengaruh rakan sebaya.

“Ibu bapa juga sewajibnya menanamkan kefahaman dan jati diri Islam yang kuat ke dalam keperibadian anak-anak sehingga mereka tidak terpengaruh dengan apa saja ajakan songsang dalam dunia tanpa sempadan hari ini.

“Selain itu, masyarakat perlu semarakkan program dan aktiviti yang boleh menyebarkan kefahaman Islam sebenar dalam masyarakat terutama di kalangan remaja dan belia,” katanya.

The post Kerajaan, pihak berkuasa perlu siasat ‘tangan ghaib’ biaya ateis di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan, pihak berkuasa perlu siasat ‘tangan ghaib’ biaya ateis di Malaysia
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerajaan, pihak berkuasa perlu siasat ‘tangan ghaib’ biaya ateis di Malaysia"

Back To Top