Gema Semua Maklumat

SKMM sekat 72 lagi laman web sebar Daesh

SKMM sekat 72 lagi laman web sebar Daesh

KUALA LUMPUR, 13 Zulkaedah 1438H, Isnin – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat 72 laman web yang menyebarkan ideologi pengganas Daesh.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Jailani Johari berkata, turut disekat 54 pautan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang mengandungi ideologi kumpulan berkenaan.

Katanya, militan Daesh menggunakan media sosial sebagai medium utama untuk merekrut ahli baru khususnya golongan remaja di Malaysia.

“Secara purata, penggunaan internet melalui pelbagai laman sosial adalah melebihi empat jam sehari dan medium sosial sangat berkesan untuk kumpulan Daesh merekrut ahli baharu.

“Negara tidak terlepas daripada ancaman Daesh dan golongan remaja menjadi sasaran untuk merekrut ahli baharu,” katanya.

Tahun lepas, SKMM dilaporkan telah menyekat pengaksesan lebih 36 laman sesawang dalam pelbagai bahasa yang disahkan terbabit secara aktif dalam penyebaran ideologi Daesh.

Jelas Jailani, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama SKMM, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jakim mengambil langkah proaktif termasuk mengenal individu yang menyokong kumpulan pengganas, selain menyekat akses media sosial yang dikesan menyebarkan propaganda pengganas.

Tambah Jailani lagi, Malaysia juga mempunyai undang-undang untuk menangani masalah ini, seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan Di Luar Negara, Akta Pencegahan Keganasan dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

The post SKMM sekat 72 lagi laman web sebar Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SKMM sekat 72 lagi laman web sebar Daesh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SKMM sekat 72 lagi laman web sebar Daesh"

Back To Top