Gema Semua Maklumat

Kerajaan tak haram arak disediakan dalam pesawat penerbangan

Kerajaan tak haram arak disediakan dalam pesawat penerbangan

KUALA LUMPUR, 14 Zulkaedah 1438H, Isnin – Kerajaan tidak akan mengharamkan minuman beralkohol disediakan dalam pesawat penerbangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bentong berkata, ia terpulang kepada mana-mana syarikat penerbangan untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines Bhd (MAB), yang membuat penerbangan ke pelbagai destinasi di seluruh dunia dan menerima pelbagai jenis penumpang, perlu memenuhi keperluan pelanggan terutama untuk kelas perniagaan dan kelas pertama,” katanya.

Liow berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) di Parlimen, hari ini.

Khairuddin meminta kerajaan menyatakan pendirian mereka terhadap pengharaman minuman beralkohol dalam pesawat penerbangan.

Liow berkata, ia menjadi perkara biasa bagi mana-mana syarikat penerbangan dunia untuk menyediakan minuman keras kepada penumpang.

Bagaimanapun dakwanya, pendirian kerajaan berhubung perkara itu bukan untuk menggalakkan penumpang mengambil minuman keras.

The post Kerajaan tak haram arak disediakan dalam pesawat penerbangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan tak haram arak disediakan dalam pesawat penerbangan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerajaan tak haram arak disediakan dalam pesawat penerbangan"

Back To Top