GEORGETOWN, 10 Zulkaedah 1438H, Khamis – Ketua Pegawai Operasi Prasarana Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah bernilai lebih daripada RM70,000.
Mohd Shukri Abdul Rahman, 54, didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Dia yang bertindak sebagai ejen Prasarana dituduh menerima rasuah sebanyak RM70,000 dari syarikat Jayonik MSC Sdn Bhd, yang dikreditkan ke dalam akaun Maybank di bawah nama Nor Jasmin Mustafa, untuk mengeluarkan surat pelantikan kepada syarikat itu bagi projek bernilai RM8.4 juta.
Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri wakil daripada SPRM hadir ketika pendakwaan, manakala tertuduh diwakili oleh Datuk Shukri Mohamad.
Hakim Norsalha Hamzah membenarkan ikat jamin sebanyak RM50,000 ke atas tertuduh, dan menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula kes.
The post Pegawai kanan Prasarana didakwa terima rasuah RM70,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pegawai kanan Prasarana didakwa terima rasuah RM70,000
0 Komentar untuk "Pegawai kanan Prasarana didakwa terima rasuah RM70,000"