Gema Semua Maklumat

SPRM tolak dakwaan hanya sasar ‘ikan bilis’

SPRM tolak dakwaan hanya sasar ‘ikan bilis’

KUALA LUMPUR, 10 Zulkaedah 1438H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menepis dakwaan pihaknya hanya mensasarkan ‘ikan bilis’ tetapi tidak ikan ‘jerung dan paus’.

Malah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad menyifatkan beliau tidak faham dengan dakwaan itu.

“Saya nak nyatakan di sini, kadang-kadang saya tak faham apa yang mereka katakan ikan bilis, jerung dan paus.

“Kalau tindakan diambil SPRM melibatkan Tan Sri, Datuk Seri, kalau bukan paus, jerung, saya tak tahu ikan paus, jerung ini apa…,” katanya dalam program Soal Jawab di TV3 malam tadi.

Menjawab dakwaan itu, Dzulkifli berkata, rekod prestasi SPRM telah membuktikan bahawa ia bertindak terhadap semua orang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tindakan itu perlu berdasarkan bukti yang mencukupi.

Tegasnya, tugas SPRM adalah untuk menyiasat dan beliau mengarahkan pegawainya apabila membuka kertas siasatan, mereka mesti menyelesaikannya.

“Kemudian mengangkat siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara AGC). AGC lah buat keputusan bukti cukup atau tidak untuk membuat pertuduhan,” katanya.

The post SPRM tolak dakwaan hanya sasar ‘ikan bilis’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM tolak dakwaan hanya sasar ‘ikan bilis’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM tolak dakwaan hanya sasar ‘ikan bilis’"

Back To Top