ALOR STAR, 17 Zulkaedah 1438H, Khamis – Kebenaran membawa alat peranti ke sekolah awal tahun depan hanya sebagai tambahan untuk membuat rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), jelas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, meskipun boleh bawa peranti, pelajar tidak boleh menggunakan alat itu sepanjang masa.
“Proses P&P di dalam kelas tetap berlangsung seperti biasa dan penggunaan peranti itu juga mungkin dibenarkan pada waktu tertentu.
“Bukan digunakan dari 7.45 pagi hingga 2 (petang). Mungkin 2 jam tetapi kita tidak putuskan lagi (sama ada) 2 atau 3 jam waktu yang dibolehkan menggunakan alat peranti,” katanya.
Mengulas lanjut Mahdzir berkata, sebenarnya pendekatan pelajar sekolah membawa alat peranti itu sudah lama dilaksanakan di sekolah berasrama penuh dan berprestasi tinggi serta di sekolah antarabangsa mahupun swasta.
Justeru, pihaknya sedang merangka peraturan serta pekeliling bagi menetapkan penggunaan serta alat peranti yang dibenarkan dibawa ke sekolah.
Bagaimanapun seperti yang diberitahunya sebelum ini, hanya tablet dibenarkan dan pelajar dilarang membawa telefon bimbit kerana dilihat mampu mengganggu dan menjejaskan tumpuan pelajar di dalam kelas.
The post Peranti di sekolah hanya untuk rujukan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Peranti di sekolah hanya untuk rujukan
0 Komentar untuk "Peranti di sekolah hanya untuk rujukan"