GEORGETOWN, 10 Zulkaedah 1438H, Khamis – Kementerian Kesihatan akan terus memantau keadaan rabies di Serian, Sarawak sekurang-kurangnya selama dua tahun sebelum mengisytiharkan daerah itu bebas dari wabak berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementeriannya akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Vaterinar berhubung perkara itu.
“Kita hanya boleh mengisytiharkan kawasan itu bebas daripada rabies jika tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh dua tahun,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata, sejak kejadian kes pertama dilaporkan pada Mei lalu, kira-kira lima mangsa yang dijangkiti meninggal dunia akibat wabak berkenaan.
“Bagaimanapun, belum ada kes baharu sehingga kini, dan kita telah mengesahkan bahawa jangkitan itu berasal dari Kalimantan, Indonesia,” katanya.
The post Tunggu dua tahun sebelum isytihar Serian bebas rabies appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tunggu dua tahun sebelum isytihar Serian bebas rabies
0 Komentar untuk "Tunggu dua tahun sebelum isytihar Serian bebas rabies"