Gema Semua Maklumat

22 terbunuh pangsapuri 117 tahun runtuh

22 terbunuh pangsapuri 117 tahun runtuh

MUMBAI, 10 Zulhijjah 1438H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera apabila bangunan pangsapuri berusia 117 tahun runtuh di sini, semalam.

Menurut pegawai penyelamat, seramai 10 mangsa lagi dikhuatiri terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan enam tingkat yang berlaku awal pagi itu.

Katanya, 35 orang berjaya diselamatkan dari runtuhan berkenaan dan operasi mencari diteruskan bagi mengesan mangsa yang masih hilang.

Insiden berkenaan berlaku dua hari selepas Mumbai pulih dari banjir kilat dan hujan lebat yang meragut nyawa 14 orang.

Ia adalah insiden kedua alam tempoh lebih sebulan selepas runtuhan sebuah bangunan empat tingkat mengorbankan 17 penghuninya pada akhir Julai lalu.- Agensi

The post 22 terbunuh pangsapuri 117 tahun runtuh appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 22 terbunuh pangsapuri 117 tahun runtuh
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "22 terbunuh pangsapuri 117 tahun runtuh"

Back To Top