Fastaqim 2.0: PAS begitu terdesak cukupkan bilangan yang diwar-warkan? -
Fastaqim 2.0: PAS begitu terdesak cukupkan bilangan yang diwar-warkan? merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Fastaqim 2.0: PAS begitu terdesak cukupkan bilangan yang diwar-warkan?
Pas terdesak peralat kanak-kanak capai sasaran 200,000 peserta?
ARIF ATAN - September 30, 2017 3:25 pm
Begitu banyak gambar kanak-kanak dimuat naik di laman Facebook Fastaqim 2.0 sekali gus dilihat bercanggah dengan isyarat Pas sudah bersiap sedia dengan ‘gelombang hijau’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Semakan Malaysia Dateline mendapati sejumlah besar gambar golongan berusia di bawah 12 tahun dimuatkan dalam program yang diuar-uarkan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah bagi menunjukkan parti itu kuat dan bermaruah.
Terbaharu, gambar kanak-kanak yang menyertai Pertandingan Pakaian Beragam Si Cilik dimuat naik dalam laman media sosial itu selain plakad ‘saya hadir’ pada kanak-kanak perempuan di atas motosikal yang berpakaian serba hijau.
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan sebelum ini menyasarkan kehadiran 200,000 orang dalam himpunan selama dua hari sejak semalam di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus di Terengganu.
Menurut Ahli Parlimen Temerloh berkenaan, mesej utama perhimpunan yang menyaksikan pelbagai aktiviti termasuk untuk kelompok kanak-kanak dan remaja itu adalah memastikan wujudnya “gelombang hijau” pada pilihan raya kali ini.
Pada masa sama, pengguna Facebook atas nama Pok Din Pok Mat memuat naik beberapa foto menjelang perhimpunan itu.
“Baju budak dan berkolar fastaqim 2.0. Terima kasih kerana sudi buat di kedai kami,” katanya.
Pemilik kedai mendakwa pihaknya menghasilkan baju kolar kanak-kanak Fastraqim 2.0.
Melihatkan penonjolan ketara kanak-kanak dalam Fastaqim 2.0, sebahagian netizen turut menyindir kemungkinan mereka akan mengundi Pas pada PRU14.

Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "Fastaqim 2.0: PAS begitu terdesak cukupkan bilangan yang diwar-warkan?"