Gema Semua Maklumat

Lapan pasukan ke suku akhir Piala Presiden Isma 2017

Lapan pasukan ke suku akhir Piala Presiden Isma 2017

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Lapan pasukan mengesahkan tiket ke peringkat suku akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Isma 2017, hari ini.

Mereka adalah antara pasukan yang menduduki tangga teratas dan tangga kedua dalam kumpulan masing-masing setelah tamat pusingan pertama di padang bola sepak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, pagi ini.

Berdasarkan keputusan perlawanan peringkat kumpulan pada hari kedua ini, berikut adalah pasukan yang berjaya ke suku akhir:

Isma Pahang FC
Pejuang FC
Az-Zahrah FC
Isma Pulau Pinang
Isma Sarawak FC
Isma Kedah FC
Isma Kelantan FC
Isma Terengganu FC

Perlawanan suku akhir pertama dijangka bermula jam 12.30 tengah hari manakala perlawanan separuh akhir dijangka bermula jam 3 petang.

The post Lapan pasukan ke suku akhir Piala Presiden Isma 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lapan pasukan ke suku akhir Piala Presiden Isma 2017
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lapan pasukan ke suku akhir Piala Presiden Isma 2017"

Back To Top