Gema Semua Maklumat

PAS lapor polis kenyataan Siti Kassim, David Orok hina Nabi

PAS lapor polis kenyataan Siti Kassim, David Orok hina Nabi

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Mengeluarkan kenyataan biadab dan menghina nabi, PAS hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis liberal, Siti Kassim dan pemimpin parti STAR Sabah, David Orok.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam bagi membolehkan siasatan berasas prinsip dan pemeliharaan undang-undang terhadap kedua-dua individu terbabit dilaksanakan.

Sebelum ini, Siti Kasim dalam ucapan selamat hari rayanya mendakwa al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi Nabi Ibrahim a.s. untuk mengorbankan anaknya adalah dari`pada Tuhan.

Sebaliknya, Siti Kassim yang sering mempertikai hukum Islam itu berkata, mimpi Nabi Ibrahim itu adalah bisikan Syaitan.

Malah, beliau juga menganggap ibadat korban yang dilakukan umat Islam pada Aidiladha merupakan perbuatan yang boleh merosakkan alam sekitar dan bukannya daripada al-Quran.

Lebih malang, kenyataan Siti Kassim itu mendapat sokongan David Orok, bahkan menuduh Nabi Ismail anak luar nikah kepada Nabi Ibrahim.

Marah dengan kenyataan biadab kedua-dua individu berkenaan, PAS dalam satu kenyataan berkata, apa yang diucapkan mereka adalah ancaman yang menggugat ke ketenteraman awam dan kedaulatan negara.

“Kesemua ini boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menentang serta mencabar Yang Di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia,” katanya.

The post PAS lapor polis kenyataan Siti Kassim, David Orok hina Nabi appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS lapor polis kenyataan Siti Kassim, David Orok hina Nabi
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PAS lapor polis kenyataan Siti Kassim, David Orok hina Nabi"

Back To Top