KUALA LUMPUR, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Nasib Datuk Zakaria Arshad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) ditentukan hari ini.
Beliau ketika ditemui pemberita berkata, Lembaga Pengarah FGV mengadakan mesyuarat petang ini bagi menentukan secara tepat nasibnya di syarikat itu.
Zakaria hadir di Menara Felda pagi ini bagi memberikan keterangan terakhir berhubung siasatan audit dalaman melibatkan tunggakan bayaran Safitez kepada Delima Oil Products yang juga anak syarikat FGV.
“Saya tidak mengetahui keputusan sebenar dan saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan, tetap saya mengharapkan semuanya baik sahaja.
“Saya harap keputusan itu akan memihak kepada saya tetapi jika sebaliknya maka saya menerima secara terbuka. Saya serahkan kepada lembaga pengarah termasuk pengerusi baharu, (Datuk Azhar Abdul Hamid) untuk menilai kes ini,” katanya.
Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan empat pegawai kanannya untuk bercuti berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan siasatan audit dalaman melibatkan tunggakan bayaran Safitex kepada Delima Oil Products.
Selain Zakaria tiga lagi eksekutif yang turut diarah bercuti adalah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO), Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan CEO FGV Trading, Ahmad Salman Omar.
Cuti bermula pada 6 Jun itu adalah untuk memberi laluan kepada siasatan audit dalaman yang dijalankan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikat itu, Delima Oil Products Sdn Bhd.
Zakaria dilantik sebagai CEO pada 1 April tahun lepas.
The post Skandal Felda: Nasib CEO FGV ditentukan hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Skandal Felda: Nasib CEO FGV ditentukan hari ini
0 Komentar untuk "Skandal Felda: Nasib CEO FGV ditentukan hari ini"