KUALA LUMPUR, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Sejak tengah hari, rakyat tertunggu-tunggu apa gerangan sidang media khas Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada sebelah petang selepas berita mengenainya mula tersebar dalam media sosial.
Ramai yang menjangkakan ianya pengumuman mengenai sesuatu isu berat, termasuk kemungkinan pembubaran Dewan Rakyat, sehinggakan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Perlis, terpaksa disingkatkan.
Sementara hanya wartawan daripada media arus perdana dan yang menyokong UMNO sahaja dibenarkan masuk ke dewan mesyuarat Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira jam 4.45 petang tadi, Najib hanya mengumumkan:-
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai UMNO semula.
Muhammad atau lebih popular dengan panggilan Mat Taib meninggalkan UMNO pada 2013 sebelum menyertai PAS dan kemudian PKR pada 2015.
The post Sidang media khas Najib hanya kerana Mat Taib masuk UMNO semula appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sidang media khas Najib hanya kerana Mat Taib masuk UMNO semula
0 Komentar untuk "Sidang media khas Najib hanya kerana Mat Taib masuk UMNO semula"