Gema Semua Maklumat

Wanita itu tak cium saya, jangan ganggu dia, titah Sultan Johor

Wanita itu tak cium saya, jangan ganggu dia, titah Sultan Johor

BANGI, 23 Zulhijjah 1438H, Khamis – Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan orang ramai supaya tidak menganggu wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium baginda Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook baginda hari ini, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa wanita itu tidak mencium baginda sebagaimana yang jelas kelihatan dalam rakaman video.

Kejadian itu berlaku ketika konvoi diraja singgah di Bandar Baru Ayer Hitam sempena Kembara Mahkota Johor 2017.

“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah baginda kepada Royal Press Office di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, wanita itu tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes ini.

Kejadian pada jam 8.45 pagi itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika Sultan Ibrahim berangkat tiba di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.

Wanita itu didakwa memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri Tuanku Sultan, sebelum ditahan pihak polis untuk diambil keterangan berhubung tindakannya dan siasatan masih dijalankan.

“JANGAN GANGGU WANITA DALAM VIDEO ITU” – DYMM SULTAN JOHORDYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan orang ramai agar tidak mengganggu wanita yang didakwa cuba memeluk dan mencium Baginda ketika konvoi DiRaja singgah di Bandar Baru Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017 pada Isnin lalu (11 September).Tuanku Sultan Ibrahim menegaskan bahawa wanita itu tidak mencium Baginda dan perkara ini jelas sebagaimana dalam rakaman video.“Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah Tuanku Sultan kepada Royal Press Office di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (14 September).Sultan Ibrahim bertitah wanita itu tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes ini.Kejadian pada jam 8.45 pagi itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika Sultan Ibrahim berangkat tiba di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.Wanita itu didakwa memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri Tuanku Sultan, sebelum ditahan pihak polis untuk diambil keterangan berhubung tindakannya dan siasatan masih dijalankan.—————————SULTAN TELLS PUBLIC TO LEAVE WOMAN IN VIDEO ALONEHis Majesty The Sultan of Johor has urged the public to stop casting aspersions against a woman who allegedly hugged and kissed the Ruler during a stop in Ayer Hitam in conjunction with Kembara Mahkota Johor 2017 on Monday (11th Sept).He said a video recording clearly showed that the woman in question did not kiss him as being claimed by certain quarters.“She approached me to whisper something into my ears. However, I could not hear what she was saying because of the noise in the open area,” he told the Royal Press Office today (14 Sept). Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar stressed that the woman did not do anything untoward or improper. He also urged the police to be tactful in handling the probe into the matter.In the alleged incident at 8.45am, the woman was reported to have gently hugged and kissed the left cheek of Tuanku Sultan soon after he arrived at Taman Medan Putra in Ayer Hitam as part of the KMJ programme. The video recording, however, clearly shows otherwise.#sultanjohor#royalpressoffice

Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on 14hb September 2017

The post Wanita itu tak cium saya, jangan ganggu dia, titah Sultan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Wanita itu tak cium saya, jangan ganggu dia, titah Sultan Johor
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Wanita itu tak cium saya, jangan ganggu dia, titah Sultan Johor"

Back To Top