BANGI, 10 Muharram 1439H, Ahad – Kenyataan Datuk Teng Chang Khim yang marah apabila PAS masuk campur dalam bantahan pesta arak menunjukkan Naib Pengerusi DAP Selangor itu dangkal dan tidak cerdik, sindir Ustaz Nasrudin Hasan.
Beliau yang merupakan Ketua Penerangan PAS berkata, isu arak membabitkan kepentingan umat Islam dan sewajarnya PAS bertindak, apatah lagi mempromosi minuman alkohol secara terbuka adalah mencabar sensitiviti umat Islam.
Sebelum ini, Chang Khim menempelak PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 di Selangor.
Chang Kim berkata, kadar Aids dan isu sosial Kelantan lebih tinggi berbanding Selangor walaupun tiada penganjuran pesta arak di Kelantan.
Selar Ustaz Nasrudin, DAP kena tahu, tumpuan PAS bukan hanya di Kelantan, tetapi bertapak di seluruh negara.
“Apabila mereka menempelak kita jaga Kelantan sahaja, jangan jaga Selangor, itu adalah satu kenyataan dangkal, tidak bertanggungjawab, bersifat keanak-anakan, kebudak-budakan, tidak cerdik dalam berpolitik.
“Mana boleh kita sebagai parti hanya terhad satu negeri sahaja. Kalau begitu tiada maknalah penglibatan kita dalam politik tanah air. Cuma kita boleh kata Selangor jaga Selangor, Pahang jaga Pahang, mana konsep persekutuannya, undang-undangnya, Perlembagaannya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Mengulas lanjut Ustaz Nasrudin berkata, sekiranya agama mereka membenarkan minum arak dan meminumnya secara tertutup dalam rumah mereka, itu hak mereka dan kita tidak pernah ganggu mereka sebelum ini.
“Tetapi apabila mereka ingin mengadakan pesta secara terbuka, memperkenalkan pula pelbagai jenama, maka saya kira ini adalah satu tindakan yang terlalu angkuh untuk mencabar sempadan sensitiviti umat Islam,” katanya.
The post DAP tak cerdik, selar PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di DAP tak cerdik, selar PAS
0 Komentar untuk "DAP tak cerdik, selar PAS"