TEBING BARAT, 1 Jamadilawal 1439H, Khamis – Tentera rejim pengganas Israel membunuh seorang rakyat Palestin ketika pertelingkahan di Tebing Barat, semalam.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmed Jarrar, 22, anak kepada pemimpin Hamas, Naser Jarrar yang dibunuh rejim itu pada tahun 2002 ketika Intifada kedua.
Manakala, dua lagi rakyat Palestin ditangkap ketika pertempuran itu berlaku, kata saksi.
Media Israel melaporkan, pertelingkahan berlaku mungkin berkait dengan pembunuhan seorang ‘rabbi Yahudi’, Raziel Shevah di Tebing Barat, minggu lalu.
Raziel Shevah berusia 35 tahun, ditembak mati berhampiran penempatan Yahudi pada 9 Januari oleh penyerang yang tidak diketahui.
Susulan itu, tentera pengganas Israel membuat serbuan sehingga tercetusnya pertempuran, kononnya untuk mencari penyerang berkenaan.
Pada tahun lalu, pihak berkuasa pendudukan Israel telah mengeluarkan 1,086 perintah penahanan pentadbiran – penahanan tanpa pertuduhan atau percubaan terhadap tahanan Palestin.
Pihak berkuasa pendudukan Israel boleh memanjangkan tempoh tahanan Palestin tanpa pertuduhan atau perbicaraan selama-lamanya.
Pelbagai badan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa mengutuk keras sistem pentadbiran Israel yang disifatkan sebagai alat penindasan politik terhadap rakyat Palestin yang tinggal di bawah pendudukan tentera. – Agensi
The post Rejim pengganas Israel bunuh anak pejuang Hamas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Rejim pengganas Israel bunuh anak pejuang Hamas
0 Komentar untuk "Rejim pengganas Israel bunuh anak pejuang Hamas"