Gema Semua Maklumat

25 maut pengebom bunuh diri serang konvoi senator Pakistan

25 maut pengebom bunuh diri serang konvoi senator Pakistan

ISLAMABAD, 17 Syaaban 1438H, Ahad – Sekurang-kurangnya 25 terbunuh selepas penyerang bunuh diri meletupkan bom berhampiran konvoi Timbalan Pengerusi Dewan Senat Pakistan, di wilayah yang dibelenggu keganasan di Baluchistan, kelmarin.

Militan ISIS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Agensi berita Amaq berkata, penyerang memakai jaket bahan letupan melakukan serangan itu.

Kira-kira 35 lagi orang awam cedera dalam letupan di bandar Mastung, 50 kilometer dari ibu kota Quetta.

Senator Abdul Ghafoor Haideri yang terselamat tetapi mengalami sedikit kecederaan percaya serangan itu menyasarkan beliau.

“Banyak kemalangan jiwa kerana konvoi itu disertai ramai orang,” katanya.

Beliau adalah anggota Jamiat e Ulema Islam, sayap kanan parti Sunni Islamist, pakatan kerajaan Perdana Menteri, Nawaz Sharif.

Pegawai Perubatan Daerah, Sher Ahmed Satakzai berkata, jumlah kematian meningkat kepada 25 orang, manakala 10 mangsa lagi dalam keadaan kritikal.

Pegawai polis Mastung, Ghazanfar Ali Shah berkata, konvoi berkenaan diserang oleh pengebom bunuh diri dan pemandu Haideri adalah antara mereka yang terbunuh.

Haideri yang dirawat di hospital dalam perjalanan pulang ke Quetta selepas menghadiri majlis penyampaian sijil kepada pelajar sebuah akademik agama Islam. – Agensi

The post 25 maut pengebom bunuh diri serang konvoi senator Pakistan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 25 maut pengebom bunuh diri serang konvoi senator Pakistan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "25 maut pengebom bunuh diri serang konvoi senator Pakistan"

Back To Top