BEIRUT, 22 Syaaban 1438H, Jumaat – Lebih daripada 50 orang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh militan IS di dua buah kampung yang dikawal oleh kerajaan di wilayah tengah Syria, Hama, semalam.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan ke atas dua buah kampung itu membunuh 15 orang awam dan 27 anggota pro-kerajaan, dengan 10 lagi mayat masih belum dikenal pasti identitinya.
Katanya, kira-kira 15 anggota militan IS turut terbunuh dalam serangan itu.
Serangan itu dipercayai sebagai membalas tindakan tentera kerajaan yang menyerang puak pelampau itu di beberapa kawasan di Syria.
Agensi berita Syria, SANA melaporkan, tentera dan kumpulan pro-kerajaan telah mematahkan serangan IS di beberapa perkampungan di wilayah Hama.
Menurutnya, IS berjaya menawan beberapa kawasan tentera dan membunuh sembilan daripada anggota itu. Bagaimanapun, rejim pro Bashar itu melancarkan semula serangan balas menerusi serangan udara.- Agensi
The post Lebih 50 terbunuh dalam serangan IS di Syria appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lebih 50 terbunuh dalam serangan IS di Syria
0 Komentar untuk "Lebih 50 terbunuh dalam serangan IS di Syria"