SEOUL , 14 Syaaban 1438H, Khamis – Pemimpin Parti Liberal, Moon Jae-in memenangi Pilihan Raya Presiden Korea Selatan menggantikan presiden yang digulingkan Park Geun-hye.
Jae-in, 64,bakal berdepan tugas besar untuk mengetuai negara itu yang kini dilanda ketegangan geopolitik.
Beliau dijangka mengumumkan anggota utama Kabinet dan melantik kakitangan pejabat presiden, seawal hari ini, bagi mengakhiri kekosongan kuasa pemerintahan berikutan penyingkiran bekas Presiden Park Geun-hye atas tuduhan rasuah, pada Mac lalu.
“Saya akan mewujudkan sebuah negara yang adil, bersatu padu.
“Saya akan menjadi presiden yang berkhidmat untuk semua, termasuk mereka yang tidak menyokong saya,” kata Jae-in, yang juga bekas peguam hak asasi manusia.
Berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya Kebangsaan
Jae-in, calon Parti Demokratik, memperoleh 41.1% undi pada hari Selasa, manakala calon konservatif Hong Joon-pyo memperoleh 25.5% dan Ahn Cheol-soo, yang telah dilihat sebagai pesaing yang kuat, dengan 21.4% undi. – Agensi
The post Moon Jae In Presiden Korea Selatan baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Moon Jae In Presiden Korea Selatan baharu
0 Komentar untuk "Moon Jae In Presiden Korea Selatan baharu"