Gema Semua Maklumat

APM Terengganu sediakan petrol untuk pengguna kehabisan minyak di LPT2

APM Terengganu sediakan petrol untuk pengguna kehabisan minyak di LPT2

KUALA NERUS, 26 Ramadan 1438H, Rabu – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan menyediakan bekalan petrol untuk dijual dalam kuantiti kecil kepada pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang kehabisan minyak sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Pengarahnya Lt. Kol. (PA) Che Adam A. Rahman berkata, inisiatif tersebut yang dilaksanakan bermula tahun lepas menyasarkan terutamanya penunggang motosikal.

“Menerusi Ops Bantu ini kita turut membantu pengguna jalan raya yang menghadapi kesulitan lain seperti masalah teknikal dan tayar bocor,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan secara serentak Ops Bantu, Ops LPT2 dan Ops Selamat jabatan itu, di sini semalam.

Beliau berkata bagi memastikan bantuan petrol itu lebih berkesan, pihaknya memperuntukkan RM100 untuk setiap daerah berbanding RM300 untuk semua lapan daerah di negeri ini tahun lalu.

Mengenai tiga operasi itu, Che Adam berkata pihaknya menggerakkan 200 pegawai dan petugas selain turut menempatkan pasukan di kawasan Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman dan susur keluar Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu. – Bernama

The post APM Terengganu sediakan petrol untuk pengguna kehabisan minyak di LPT2 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di APM Terengganu sediakan petrol untuk pengguna kehabisan minyak di LPT2
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "APM Terengganu sediakan petrol untuk pengguna kehabisan minyak di LPT2"

Back To Top