KUALA LUMPUR, 28 Safar 1439H, Jumaat – Filipina memutuskan untuk menggantung pekerja domestik daripada bekerja di luar negara.
Keputusan itu turut menjejaskan pengambilan amah yang banyak diperlukan di Malaysia
Setiausaha Buruh, Silvestre Bello III berkata, Jabatan Tenaga Kerja dan Pekerjaan Filipina (Dole) menggantung penerimaan dan pemprosesan permohonan baharu bagi sijil pekerjaan di luar negara.
Beliau berkata, tindakan itu diambil memandangkan laporan berterusan aktiviti pengambilan haram, termasuk pengambilan secara langsung.
Perintah penggantungan itu berkuat kuasa bermula Isnin dan akan berlangsung hingga 1 Disember depan.
Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, badan itu berharap penggantungan tersebut adalah sementara.
“Kita melihatnya sebagai langkah keselamatan untuk memperbaiki sistem mereka demi keselamatan dan kebajikan rakyat mereka di luar negara,” katanya yang dipetik portal BNBBC.my.
Filipina kini merupakan kumpulan kedua pekerja domestik terbesar di Malaysia, selepas Indonesia.
The post Filipina gantung sementara hantar pembantu rumah, pekerja ke luar negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Filipina gantung sementara hantar pembantu rumah, pekerja ke luar negara
0 Komentar untuk "Filipina gantung sementara hantar pembantu rumah, pekerja ke luar negara"