Gema Semua Maklumat

Polis bertemu Dr Mahathir, dipercayai rakam kenyataan

Polis bertemu Dr Mahathir, dipercayai rakam kenyataan

PUTRAJAYA, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Pihak polis dipercayai bertemu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad bagi merakam kenyataan beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana, sebentar tadi.

Menurut laporan BH Online, empat pegawai polis hadir ke bangunan itu susulan satu laporan yang dibuat wakil Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing (RCI) Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Pada masa sama, peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bersama dua lagi peguam turut dilihat memasuki bangunan tersebut, kira-kira jam 1.05 petang.

Kehadiran polis berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan pihak berkaitan.

Portal itu melaporkan, ia mungkin membabitkan pegawai dan Lembaga Pengarah BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara serta Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu dalam pelaksanaan aktiviti spekulatif pertukaran mata wang asing dan pelaporan kerugian dialami BNM pada 1990-an.

The post Polis bertemu Dr Mahathir, dipercayai rakam kenyataan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb di Polis bertemu Dr Mahathir, dipercayai rakam kenyataan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis bertemu Dr Mahathir, dipercayai rakam kenyataan"

Back To Top