FLORIDA, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Taufan Irma dengan angin selaju 232 kilometer sejam yang membadai Key West Florida, Amerika Syarikat sejak semalam, telah mengorbankan empat orang setakat ini.
Taufan Irma adalah ribut Atlantik paling kuat sejak seabad lalu, menyebabkan kerosakan besar-besaran akibat angin kencang dan banjir di negeri yang mempunyai populasi penduduk seramai 20.61 juta itu.
Ketika ini, lebih 6.3 juta orang, hampir sepertiga penduduk negeri itu diarahkan berpindah.
Bagaimanapun, ada yang tidak sempat berpindah dan terpaksa berlindung di dalam kediaman sendiri untuk menghadapi taufan paling buruk itu.
Taufan Irma turut membadai beberapa pulau di Caribbean sejak Rabu lalu, memusnahkan Barbuda serta St Barts dan St Martin, selain menyebabkan kerosakan teruk antara lain di Puerto Rico, Republik Dominika dan Haiti.
Gabenor Florida, Rick Scott memberi amaran Irma mungkin lebih teruk daripada Taufan Andrew yang membunuh 65 orang pada tahun 1992.
Terdahulu, Taufan Harvey telah membadai Texas dan Louisiana sehingga menyebabkan 60 maut dengan kerosakan harta benda dalam anggaran AS$180 bilion (RM760 bilion). -Agensi
The post Empat maut Taufan Irma badai Florida appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Empat maut Taufan Irma badai Florida
0 Komentar untuk "Empat maut Taufan Irma badai Florida"